Khamis, 28 Mac 2013

Syarahanku..


Err,, penat wat syarahan ney.. anyway I hope,, t bolehlah menang ek... Kpd sape yg bace ni ( ade org bce ke)  doakanlah sy menang ye..

1. Keluarga ikuti sunnah,pelajar peribadi indah.
  Hampir seluruh peribadi pelajar ditentukan melalui keluarganya, Bak kata pepatah, bapa borek, anak rintik. Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Justeru, keluarga berperanan penting dalam membentuk peribadi pelajar. 
Allah telah berfirman dalam al-furqannya


"Wahai orang yang beriman! Selamatkan diri
kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka." - (Surah At-Tahrim
ayat 6).
Pembentukan keluarga yang bahagia adalah bermula dengan mengikuti sunnah rasulullah, Sebagai contoh, Rasulullah mengajar umat2nya supaya mendidik anak-anak solat pada usia seawall 7 tahun. Solat dapat mencegah perbuatan yang keji dan mungkar sekaligus dapat melahirkan akhlak yang mulia.. Maka, ikuti sunnah, keluarga mawaddah, akhlak indah.

2. Rakan berakhlak mulia, pelajar bahagia
Dari sudut psikologi, peringkat emaja ialah peringkat yang paling berpengaruh dalam hidup mereka. Maka, sahabat yang baik mampu memperngaruhi peribadi pelajar kea rah yang lebih baik juga.
Sebagaimana hadis Rasulullah SAW;
"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya."
(Hadis riwayat Abu Daud).

Berita 15 april 2011 mencatatkan kes dadah di kalangan pelajar sekolah menengah semakin meningkat. Ketua agensi dadah kebangsaaan, Datuk Zubaidah Mohammad menyatakan kes ini adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya. Justeru, sebagai pelajar kita seharusnya bijak memilih sahabat-sahabat yang benar dan mampu membimbing kita ke jalan yang lurus.
3. Cintai majlis ilmu
Pelajar sinonim dengan tugasnya untuk menuntut ilmu. Pelajar yang berilmu dapat membezakan mana akhlak yang mulia juga akhlak yang keji.
Baginda bersabda yang bermaksud: "Salah satu cara terbaik untuk
membentuk akhlak mulia ini ialah dengan cara pendidikan."
Jika kita lihat fenomena di luar sana, budaya melepak sudah menjadi adat, rempit dan bohsia sudah mendapat tempat, fesyen menghairahkan sudah diangkat-angkat, akhlak dan budi pekerti tidak lagi dilihat, inilah budaya masyarakat setempat.
Konklusinya satu, letakkan ilmu yang kita perolehi  di tempat yang betul, insyaALLAH,, budaya negetif yang akan luntur dengan sendirinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan