Khamis, 28 Mac 2013

Syarahanku..


Err,, penat wat syarahan ney.. anyway I hope,, t bolehlah menang ek... Kpd sape yg bace ni ( ade org bce ke)  doakanlah sy menang ye..

1. Keluarga ikuti sunnah,pelajar peribadi indah.
  Hampir seluruh peribadi pelajar ditentukan melalui keluarganya, Bak kata pepatah, bapa borek, anak rintik. Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Justeru, keluarga berperanan penting dalam membentuk peribadi pelajar. 
Allah telah berfirman dalam al-furqannya


"Wahai orang yang beriman! Selamatkan diri
kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka." - (Surah At-Tahrim
ayat 6).
Pembentukan keluarga yang bahagia adalah bermula dengan mengikuti sunnah rasulullah, Sebagai contoh, Rasulullah mengajar umat2nya supaya mendidik anak-anak solat pada usia seawall 7 tahun. Solat dapat mencegah perbuatan yang keji dan mungkar sekaligus dapat melahirkan akhlak yang mulia.. Maka, ikuti sunnah, keluarga mawaddah, akhlak indah.

2. Rakan berakhlak mulia, pelajar bahagia
Dari sudut psikologi, peringkat emaja ialah peringkat yang paling berpengaruh dalam hidup mereka. Maka, sahabat yang baik mampu memperngaruhi peribadi pelajar kea rah yang lebih baik juga.
Sebagaimana hadis Rasulullah SAW;
"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya."
(Hadis riwayat Abu Daud).

Berita 15 april 2011 mencatatkan kes dadah di kalangan pelajar sekolah menengah semakin meningkat. Ketua agensi dadah kebangsaaan, Datuk Zubaidah Mohammad menyatakan kes ini adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya. Justeru, sebagai pelajar kita seharusnya bijak memilih sahabat-sahabat yang benar dan mampu membimbing kita ke jalan yang lurus.
3. Cintai majlis ilmu
Pelajar sinonim dengan tugasnya untuk menuntut ilmu. Pelajar yang berilmu dapat membezakan mana akhlak yang mulia juga akhlak yang keji.
Baginda bersabda yang bermaksud: "Salah satu cara terbaik untuk
membentuk akhlak mulia ini ialah dengan cara pendidikan."
Jika kita lihat fenomena di luar sana, budaya melepak sudah menjadi adat, rempit dan bohsia sudah mendapat tempat, fesyen menghairahkan sudah diangkat-angkat, akhlak dan budi pekerti tidak lagi dilihat, inilah budaya masyarakat setempat.
Konklusinya satu, letakkan ilmu yang kita perolehi  di tempat yang betul, insyaALLAH,, budaya negetif yang akan luntur dengan sendirinya.

Isnin, 25 Mac 2013

SaYanG ALLAH

Saya sayang Allah,, 
memang mudah je diungkapkan..
Namun disebalik tu,, saya sedar 
terlalu banyak tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai seorang yang mencintai Tuhannya.

Saya mengerti satu perkara. 
Allah maha adil.
Dahulu,, masa kecik2..
Ayah selalu pesan dan ajar cara2 untuk bercakap di khalayak
Saya selalu masuk pertandingan bercerita
Banyak kali,
Tapi paling tinggi pon dapat no 3.
Walaupun wakil sekolah...
Sampailah sekolah menengah,, begitu juga pencapaian saya..
TApi minggu lepas,,
Allah bagi peluang untuk saya mendapat sedikit kejayaan
dapat no 2 peringkat zon.
Walaupun pencapaian sebegitu tidaklah begitu membanggakan..
Namun kulihat riak muka ayah yang sangat gembira
Saya dipilih untuk mewakili zon ke peringkat seterusnya..
Memandangkan ini tahun yang terakhir,, tidak salah untuk saya
BUKTIKAN..
aku mampu dapat yang lebih baik.
Sabahat saya,, Nur Izyani Razali
Satu sahaja ayatnya yang membuatkan ana kuat
"Takkan awak nak kecewakan cikgu buat kali kedua?"(x dinafikan,, qila n iman juga membantu saya)
Sangat berbiasa ayatnya,, yelah,, sebab pertandingan yang sebelum ney memamng saya kalah
Takan kali ni nak kalah juga kan?...
So,, believe it.. I can do it.. better
Saya bersyukur atas nikmat ni..
Jika saya lihat yang berada di bawah saya.. lagi ramai di antara mereka yang
mungkin berkali2 mencuba tapi tidak berjaya.
Maka,, Allah,, terima kasih..!
MOga kejayaan lebih indah menyusulku.

Saya Mesti BerD0a



al-Imam al-Khattabi ialah pemohonan pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba dari Tuhannya dan hakikat doa iaitu menzahirkan kefakiran, kelemahan dan kehinaan diri kepada Allah yang di dalamnya termetrai pengagungan terhadap Allah swt dan mengiktiraf sifat kemulian dan pemurahNya. (Sya’n al-Dua’) 
1. Doa memdidik jiwa mengingati Allah
Hidup umpama roda. Kadang di atas, kadang dibawah. JIka berada di atas jangan lupada yang Esa. JIka dibwah sentiasa ingat pada yang kuasa.  Hal ini jelas Allah buktikan dalam Al-qurqanulkarim

"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" (Al-Raad : 2). 
Belum tentu mereka yang punya telefon pintar Samsung Galaxy S4, atau kereta Ferrari juga rumah berjuta punya hati yang tenang. Tetapi belum tentu juga mereka yang hanya mempunyai rumah buruk punya hati yang gembira kerana kuncinya hanya satu berdoa kepada Allah. DOa kpd Allah, Hati akan tenang kejayaan akan dating.
2. Doa senjata mukmin
Sebagai Islam kekuatan kita terletak kepada doa.
 Ghaafir ayat 60:


“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
Mari kita teladani muslimin dan muslimat di palestin, berjuang tanpa senjata di tangan hanya beribadat kepada Allah menjadi pelindung diri, dibedil tanpa henti, darah yang mengalir ibarat perkara biasa yang terjadi, zionis ibarat syaitan merasuk diri, tiada rasa juga hati, tetapi masjid tetap dipenuhi, tak henti berdoa kepada Ilahi. Lihatlah doa sebagai senjata orang mukmin


3. Berdoa setelah berusaha.


Setelah bersusah payah belajar, hanya doa dan tawakal mengiringi usaha yang dilakukan.


“Sesungguhnya Allah itu menyintai orang-orang yang bertawakal” [03:159
Sebagai contoh, Nik Nur Madiha yang telah Berjaya mendapat 20 a dalam SPM tidak berhenti berdoa dan bertawakal kepada Allah sebagai pelangkap kepad kejayaannya. Lihatlah beliau sekarang telah Berjaya melanjutkan pelajaran ke Jordan dengan kos medik. Jelaslah disini, elemen doa dan tawakal tidak boleh diurai lagi.