Isnin, 25 Mac 2013

Saya Mesti BerD0a



al-Imam al-Khattabi ialah pemohonan pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba dari Tuhannya dan hakikat doa iaitu menzahirkan kefakiran, kelemahan dan kehinaan diri kepada Allah yang di dalamnya termetrai pengagungan terhadap Allah swt dan mengiktiraf sifat kemulian dan pemurahNya. (Sya’n al-Dua’) 
1. Doa memdidik jiwa mengingati Allah
Hidup umpama roda. Kadang di atas, kadang dibawah. JIka berada di atas jangan lupada yang Esa. JIka dibwah sentiasa ingat pada yang kuasa.  Hal ini jelas Allah buktikan dalam Al-qurqanulkarim

"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" (Al-Raad : 2). 
Belum tentu mereka yang punya telefon pintar Samsung Galaxy S4, atau kereta Ferrari juga rumah berjuta punya hati yang tenang. Tetapi belum tentu juga mereka yang hanya mempunyai rumah buruk punya hati yang gembira kerana kuncinya hanya satu berdoa kepada Allah. DOa kpd Allah, Hati akan tenang kejayaan akan dating.
2. Doa senjata mukmin
Sebagai Islam kekuatan kita terletak kepada doa.
 Ghaafir ayat 60:


“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
Mari kita teladani muslimin dan muslimat di palestin, berjuang tanpa senjata di tangan hanya beribadat kepada Allah menjadi pelindung diri, dibedil tanpa henti, darah yang mengalir ibarat perkara biasa yang terjadi, zionis ibarat syaitan merasuk diri, tiada rasa juga hati, tetapi masjid tetap dipenuhi, tak henti berdoa kepada Ilahi. Lihatlah doa sebagai senjata orang mukmin


3. Berdoa setelah berusaha.


Setelah bersusah payah belajar, hanya doa dan tawakal mengiringi usaha yang dilakukan.


“Sesungguhnya Allah itu menyintai orang-orang yang bertawakal” [03:159
Sebagai contoh, Nik Nur Madiha yang telah Berjaya mendapat 20 a dalam SPM tidak berhenti berdoa dan bertawakal kepada Allah sebagai pelangkap kepad kejayaannya. Lihatlah beliau sekarang telah Berjaya melanjutkan pelajaran ke Jordan dengan kos medik. Jelaslah disini, elemen doa dan tawakal tidak boleh diurai lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan