Khamis, 30 Januari 2014

Petua hidup bahagia

Kalau hidup tanpa onak duri,
mesti tiada warna warni,
Cuba bayangkan jika kanvas hanya dicoret dengan hitam putih,
Berbanding pula kanvas yang berwarna warni,
Yang manakah satu pilihan kita?
Anak kecil sekolah tadika pun memilih yang berwarna,
Ini mentaliti kita.
Tapi kenapa ramai yang tidak menerima hakikat suatu takdir?
Takdir itu yang mewarnai kanvas hidup kita.
Mungkin warnanya agak muram, tapi, takdir juga ada yang indah
mungkin juga kala itu warnanya ceria dan teraang,...
Hmm,, apakah kaitan dengan hidup bahagia??
jawapannya mudah,
bila kita menerima suatu ujian itu dengan bersyukur dan tabah serta tersenyum,, itulah bahagia
walau apa jua, bersyukur itu aset yang utama,,
Bersyukur anda sebagai Islam itu yang paling utama..
Alhamdulillah..
Seterusnya, tersenyum..
Itu satu lagi kuasa sulit..
Tak ramai yang tahu,,
Tapi itulah yang benar..
Senyum dapat meredakan hati nan gundah,, tak caya,, senyumlah...


hati kasi sental sampai bersih

Khamis, 28 Mac 2013

Syarahanku..


Err,, penat wat syarahan ney.. anyway I hope,, t bolehlah menang ek... Kpd sape yg bace ni ( ade org bce ke)  doakanlah sy menang ye..

1. Keluarga ikuti sunnah,pelajar peribadi indah.
  Hampir seluruh peribadi pelajar ditentukan melalui keluarganya, Bak kata pepatah, bapa borek, anak rintik. Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Justeru, keluarga berperanan penting dalam membentuk peribadi pelajar. 
Allah telah berfirman dalam al-furqannya


"Wahai orang yang beriman! Selamatkan diri
kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka." - (Surah At-Tahrim
ayat 6).
Pembentukan keluarga yang bahagia adalah bermula dengan mengikuti sunnah rasulullah, Sebagai contoh, Rasulullah mengajar umat2nya supaya mendidik anak-anak solat pada usia seawall 7 tahun. Solat dapat mencegah perbuatan yang keji dan mungkar sekaligus dapat melahirkan akhlak yang mulia.. Maka, ikuti sunnah, keluarga mawaddah, akhlak indah.

2. Rakan berakhlak mulia, pelajar bahagia
Dari sudut psikologi, peringkat emaja ialah peringkat yang paling berpengaruh dalam hidup mereka. Maka, sahabat yang baik mampu memperngaruhi peribadi pelajar kea rah yang lebih baik juga.
Sebagaimana hadis Rasulullah SAW;
"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya."
(Hadis riwayat Abu Daud).

Berita 15 april 2011 mencatatkan kes dadah di kalangan pelajar sekolah menengah semakin meningkat. Ketua agensi dadah kebangsaaan, Datuk Zubaidah Mohammad menyatakan kes ini adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya. Justeru, sebagai pelajar kita seharusnya bijak memilih sahabat-sahabat yang benar dan mampu membimbing kita ke jalan yang lurus.
3. Cintai majlis ilmu
Pelajar sinonim dengan tugasnya untuk menuntut ilmu. Pelajar yang berilmu dapat membezakan mana akhlak yang mulia juga akhlak yang keji.
Baginda bersabda yang bermaksud: "Salah satu cara terbaik untuk
membentuk akhlak mulia ini ialah dengan cara pendidikan."
Jika kita lihat fenomena di luar sana, budaya melepak sudah menjadi adat, rempit dan bohsia sudah mendapat tempat, fesyen menghairahkan sudah diangkat-angkat, akhlak dan budi pekerti tidak lagi dilihat, inilah budaya masyarakat setempat.
Konklusinya satu, letakkan ilmu yang kita perolehi  di tempat yang betul, insyaALLAH,, budaya negetif yang akan luntur dengan sendirinya.

Isnin, 25 Mac 2013

SaYanG ALLAH

Saya sayang Allah,, 
memang mudah je diungkapkan..
Namun disebalik tu,, saya sedar 
terlalu banyak tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai seorang yang mencintai Tuhannya.

Saya mengerti satu perkara. 
Allah maha adil.
Dahulu,, masa kecik2..
Ayah selalu pesan dan ajar cara2 untuk bercakap di khalayak
Saya selalu masuk pertandingan bercerita
Banyak kali,
Tapi paling tinggi pon dapat no 3.
Walaupun wakil sekolah...
Sampailah sekolah menengah,, begitu juga pencapaian saya..
TApi minggu lepas,,
Allah bagi peluang untuk saya mendapat sedikit kejayaan
dapat no 2 peringkat zon.
Walaupun pencapaian sebegitu tidaklah begitu membanggakan..
Namun kulihat riak muka ayah yang sangat gembira
Saya dipilih untuk mewakili zon ke peringkat seterusnya..
Memandangkan ini tahun yang terakhir,, tidak salah untuk saya
BUKTIKAN..
aku mampu dapat yang lebih baik.
Sabahat saya,, Nur Izyani Razali
Satu sahaja ayatnya yang membuatkan ana kuat
"Takkan awak nak kecewakan cikgu buat kali kedua?"(x dinafikan,, qila n iman juga membantu saya)
Sangat berbiasa ayatnya,, yelah,, sebab pertandingan yang sebelum ney memamng saya kalah
Takan kali ni nak kalah juga kan?...
So,, believe it.. I can do it.. better
Saya bersyukur atas nikmat ni..
Jika saya lihat yang berada di bawah saya.. lagi ramai di antara mereka yang
mungkin berkali2 mencuba tapi tidak berjaya.
Maka,, Allah,, terima kasih..!
MOga kejayaan lebih indah menyusulku.

Saya Mesti BerD0a



al-Imam al-Khattabi ialah pemohonan pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba dari Tuhannya dan hakikat doa iaitu menzahirkan kefakiran, kelemahan dan kehinaan diri kepada Allah yang di dalamnya termetrai pengagungan terhadap Allah swt dan mengiktiraf sifat kemulian dan pemurahNya. (Sya’n al-Dua’) 
1. Doa memdidik jiwa mengingati Allah
Hidup umpama roda. Kadang di atas, kadang dibawah. JIka berada di atas jangan lupada yang Esa. JIka dibwah sentiasa ingat pada yang kuasa.  Hal ini jelas Allah buktikan dalam Al-qurqanulkarim

"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" (Al-Raad : 2). 
Belum tentu mereka yang punya telefon pintar Samsung Galaxy S4, atau kereta Ferrari juga rumah berjuta punya hati yang tenang. Tetapi belum tentu juga mereka yang hanya mempunyai rumah buruk punya hati yang gembira kerana kuncinya hanya satu berdoa kepada Allah. DOa kpd Allah, Hati akan tenang kejayaan akan dating.
2. Doa senjata mukmin
Sebagai Islam kekuatan kita terletak kepada doa.
 Ghaafir ayat 60:


“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
Mari kita teladani muslimin dan muslimat di palestin, berjuang tanpa senjata di tangan hanya beribadat kepada Allah menjadi pelindung diri, dibedil tanpa henti, darah yang mengalir ibarat perkara biasa yang terjadi, zionis ibarat syaitan merasuk diri, tiada rasa juga hati, tetapi masjid tetap dipenuhi, tak henti berdoa kepada Ilahi. Lihatlah doa sebagai senjata orang mukmin


3. Berdoa setelah berusaha.


Setelah bersusah payah belajar, hanya doa dan tawakal mengiringi usaha yang dilakukan.


“Sesungguhnya Allah itu menyintai orang-orang yang bertawakal” [03:159
Sebagai contoh, Nik Nur Madiha yang telah Berjaya mendapat 20 a dalam SPM tidak berhenti berdoa dan bertawakal kepada Allah sebagai pelangkap kepad kejayaannya. Lihatlah beliau sekarang telah Berjaya melanjutkan pelajaran ke Jordan dengan kos medik. Jelaslah disini, elemen doa dan tawakal tidak boleh diurai lagi.

Selasa, 25 Disember 2012

Dot3

Berhabuk sudah blog ini...
Ntahlaa,,, xde mood nk tulis.. sekarang baru ade....
Pasal...
Dua dunia yang berbeza..
Pengalaman menjadikan kita berbeza daripada orang lain.
Menjadikan kita lebih pandai menilai dan mengkritik...
Itu hak kita.
Untuk ada pendapat sendiri.. Siapa berani halang?.. 
Hari saya melihat sesuatu..
Seorang yang dipuja kerana akhlaknya, peribadinya, kewibawaannya.
Namun, saya harap dia tidak terdetik untuk bermegah..
Susah menjaga hati bila kita berada di atas..
Hanya mereka yang hebat sahaja mampu mengawalnya..
Saya tak mampu kerana itu Allah tak bagi..
Tapi kita tetap kena bersyukur atas apa jua yang Allah bagi..
Orang yang paling kaya ialah orang yang menerima segala pemberiaan Allah 
Baik yang baik mahupun yang buruk..
:)

Sabtu, 29 September 2012

Hari ini..

Fitrah manusia..
Menginginkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya..
Begitu juga aku...
Dulu aku tak tahu apa yang terbaik untukku..
Ya,, memang Allah yg paling tahu..
Tapi hari ini aku menyedari..
Malam tadi ada dua orang lelaki yang menegurku..
Melalui ruang chat di facebook.
Kedua2nya org hebat,,
Seorang tahfiz, seorang lagi belajar di Mesir.
Tapi aku kuat untuk tidak melayan.
Apakah mereka yang kelihatan hebat untuk tidak mengetahui...
Perhubungan mengikut syarak di fb..
Kenapa mereka menegurku?
Sedangkan tiada tujuan yang jelas sebab musababnya.
Memang dulu aku sedikit jahil.
Aku fikir perkara ini hanya biasa2 saja..
Tapi aku terfikir.. sampai bila ia akan terus bertahn biasa?
Mungkin juga nanti bertukar luar biasa.
Yang penting sekeping hati ini perlu dijaga.
Dipelihara kesuciannya.
Sebab aku tidak kuat,,, jadi lebih baik aku mneghindarinya.
Tak tahu apa rencana syaitan untuk menghasut..
Tapi rencana Allah lelaki yang terbaik untukku telah tertulis di luh mahfuz.
Apalagi yang perlu dirisaukan.
Cinta Allah itu lagi hebat..

Jumaat, 6 Julai 2012

ceritera denganmu

Awak,,,
Awaak telah bagi semangat pada akak...
Allh detikkan hati awak untuk cerita maalah awak kat akak sebab ...
Allah sengaja nak bagitau akak,,,
Nak sedarkan akak..
Sesuatu yang mengkin tidak terlintas difikiran...
Tapi ia sedang berlaku...

Sebab ceritamu,, 
Akak mula berubah...
Lebih bersemangat
Lebih kuat..

Akak yakin Allah itu Maha Adil..
Sangat Adil,,
Setiap pengorbanan,, hadiahnya kejayaan..

Ceritamu sangat menyentuh hati..
sangat menginsafkan...

Aku sayang kamu kerana Allah..