Sabtu, 3 April 2010

Guru, kau ilhamku ....

Pd hari yg penuh barakah ini ana terdetik untuk menulis tentang guru.

Hari-hari yang kau lalui penuh dengan pengertian

Masa itu mengajar kau menjadi lebih berpengalaman

Bukan kerana dunia kau pergi ke taman raudhah itu

Tapi kerana hati tulus dan ikhlas

Bagai belon yang berisi gas yang ditenggelamkan,, tetap ia timbul

Begitu juga ibarat kebaikan yang kau lakukan

Pengorbananmu,,,,

Jangan pernah kau kata kami x mengerti

jangan pernah kau kata kami x mahu mengerti

Tapi ketahuilah yang kami sedang mengerti

Kami sedang belajar untuk lebih mengerti

belajar untuk sentiasa mengerti

kerana pengorbanan mu x ternilai


Kami tahu,, kau mahu kejayaan kami

kami juga tahu kemampuan kami

Izinkan kami mengumpul tenaga..


Kami malu, kami segan

Kerana kami selalu melukai hatimu..

hatimu x layak utk dilukai..


Masih adakah kesempatan untuk kami

Untuk memberitahumu yang kami

Amat sayang padamu..