Jumaat, 30 Mac 2012

Sahabat,, pulanglah

Hari-hari dilalui akan terasa seronok jika punya sahabat menemani
hari-hari kita akan lebih indah jika rakan menggembirakan hati,

Ada usikan,
Ada perkongsian,
Ada caring,
Ada loving,

dan Ada Sweet ! ..

Tapi, hari tak selalunya indah,
Sahabat yang kita yakin dia mampu membuatkan hari-hari kita ceria pergi.
Sungguh,, hati ini sangat terluka,
Ibarat kebahagiaan itu dah hilah
Hari-hari indah pula rasanya sudah merajuk untuk datang lagi,,

Tapi, benarlah kata Allah, 
Allah tidak akan menzalimi hambanya,,
Allah menarik nikmat persahabatan itu kerana Dia ingin mengurniakan sahabat yang lain pula,
Ternyata, Allah menyayangi hamba yang mengharap kasihNya.

Pernah hati kata hidup ini tidak adil
Kenapa mereka enak menikmati persahabatan
Sedangkan aku kebulur dan sekadar menangisi kegembiraan mereka.

Tapi sungguh! itu tidak patut sama sekali..

Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah..
Yakinlah Allah itu ada dan mendengar suara hati kita..


Catatan :  "saya hamba je"

Kekuatan itu akan datang,,, percayalah

Selalu kita merasa dirundung kelemahan
Tiada kekuatan
Semua orang 'damn' kite
Semua orang kata kita yang salah

Lgiknya, pasti kita rasa sedih,
Rasa menyesal
Rasa bersalah,,

Mungkin, waktu itu tiada siapa mahu memujuk
Tiada siapa yang memahami
Tiada siapa yang mampu menyelami hati ini,

Jika bukan kita yang pujuk diri sendiri ,, siapa lagi..
???
Katakanlah pada diri kita, ,

Sabarlah diri,,
Dugaan dunia, saham di akhirat,,
Itupun jika kita kuat menghadapinya

Jika Rasulullah melihat kata pada waktu sekarang,, adakah baginda akan redha apa yang kita lakukan?

Sabtu, 17 Mac 2012

Kulepaskan ia buat kali kedua

Kita Tenggelam dalam nafsu.. 
Saya suka ayat tuh..
Ya,, saya juga pernah tenggelam dalam nafsu..

Tapi, bezanya, saya tersedar..
Saya terus bangkit,,
Melawan kembali hawa nafsu itu...

Kini, saya lepaskan perasaan itu untuk kali kedua.
Bukan kerana angkuh dengan mengharap yang lebih baik,
Tapi kerana imanku kata itu,
Iman kukata kuharus tinggalkan cinta itu..
Supaya dapatku bersihkan hati ini,
Supaya ilmu senang memenuhi..

Dan juga, supaya hati ini,, dapat kuserahkan kepada bakal suamiku, tanpa noda
Tanpa bekas orang lain (mungkin seseorang yang pernah kucintai sebelum dia)
Tak mahu,,

Tapi,, yang paling penting,, supaya hati ini khas kuberi kepada Rabbiku..
Tanpa secalit dosa maksiat,
Tanpa secalit ombakan nafsu,
Tanpa secalit rasa resah gelisah..

Oleh sebab kuyakin adanya kasih sayang dan cinta abadi daripada Allah,,
Maka dengan rela, kulepaskan cinta si dia,,
walaupun susah dan sayang untuk ditinggalkan,,
Tapi,, kerana Allah,, apa sahaja akan kulakukan..

Allah tetap di hatiku...
selama-lama-lama-lamanya!