Sabtu, 17 Mac 2012

Kulepaskan ia buat kali kedua

Kita Tenggelam dalam nafsu.. 
Saya suka ayat tuh..
Ya,, saya juga pernah tenggelam dalam nafsu..

Tapi, bezanya, saya tersedar..
Saya terus bangkit,,
Melawan kembali hawa nafsu itu...

Kini, saya lepaskan perasaan itu untuk kali kedua.
Bukan kerana angkuh dengan mengharap yang lebih baik,
Tapi kerana imanku kata itu,
Iman kukata kuharus tinggalkan cinta itu..
Supaya dapatku bersihkan hati ini,
Supaya ilmu senang memenuhi..

Dan juga, supaya hati ini,, dapat kuserahkan kepada bakal suamiku, tanpa noda
Tanpa bekas orang lain (mungkin seseorang yang pernah kucintai sebelum dia)
Tak mahu,,

Tapi,, yang paling penting,, supaya hati ini khas kuberi kepada Rabbiku..
Tanpa secalit dosa maksiat,
Tanpa secalit ombakan nafsu,
Tanpa secalit rasa resah gelisah..

Oleh sebab kuyakin adanya kasih sayang dan cinta abadi daripada Allah,,
Maka dengan rela, kulepaskan cinta si dia,,
walaupun susah dan sayang untuk ditinggalkan,,
Tapi,, kerana Allah,, apa sahaja akan kulakukan..

Allah tetap di hatiku...
selama-lama-lama-lamanya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan