Selasa, 20 Disember 2011

Kuasa Masa

Ada orang kata masa seperti emas.
Tapi emas boleh dipajak gadai dan dijual beli.

Jadi, masa pun boleh dibuat begitu jugakah?

Ada orang kata masa itu seperti pedang.
Jika kita ridak memotongnya, dia akan memotong kita.

Itu saya setuju..

Tapi sebenarnya, masa tu tidak ternilai.
Hadirnya tidak disedari. Tapi pergi amat dikesali.

Sedikit cuma kita memanfaatkannya. Masa rasa tidak berharga.

Hanya laku bila kita amat-amat sibuk..

Adilkah kita kepada masa??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan